Blog Post

Jelly Gummies – Halal

Assalamualaikum.
“Jelly Gummies” adalah sejenis gula-gula kenyal yang berperisa buah-buahan. Gula-gula ini mengimbau kenangan di zaman kanak-kanak..bahkan masih diminati oleh golongan dewasa. Gula-gula ini memang ada dijual di pasaraya…namun dengan tahap kepekaan yang makin meningkat tentang isu halal-haram dan syubhah…kami yakin kita dah lama menjauhi produk ini yang dijual di pasaran..betul tak?


Alhamdulillah kunjungan kami ke Halalfest pada tahun 2014 di Mines Convention Centre telah menemukan kami dengan pengeluar Muslim Jelly Gummies yang halal dan beroperasi di Utara tanah air. Sekitar bulan Oktober yang lepas kami telah pergi menziarahi kilang mereka di Utara dan berpeluang melihat tempat memproses “Jelly Gummies” tersebut.Sangat bersih tempat pemprosesannya dan semua bahan asas yang halal digunakan.


Maka kami dengan tenang hati membawa masuk produk Jelly Gummies ini ke premis kami di Az-Zain Wangsa Melawati dan Az-Zain Keramat Wangsa supaya kita dapat sama-sama menghargai dan menikmati produk halal ini.
Kepada yang rindu pada Jelly Gummies..silalah datang ke premis kami. Anda boleh makan “Jelly Gummies” tanpa was-was.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *