Pengenalan

kedai azzain

Assalamualaikum..
Semoga hari ini adalah hari yang lebih baik dari semalam.
Semoga hari ini Allah memberikan kita kekuatan untuk melakukan perubahan positif dalam hidup kita.
Suatu ketika dulu..waktu di mana pilihan makanan halal Muslim sangat terhad jualannya di pasaran, kita mungkin mau tak mau beli saja barang makanan yang ada dijual di pasaraya.
Suatu ketika dulu..ketika kedai-kedai halal Muslim sangat sikit bilangannya atau hampir tak wujud..kita hanya membeli di pasaraya besar yang kita dah selesa itu.

Namun kini ..
1.)Pilihan produk keluaran pengusaha Muslim sudah makin banyak pilihan..
2.)Kedai halal yang diusahakan oleh pengusaha Muslim semakin bertambah..
Soalannya:
1.)Adakah anda dan kekuarga sudah membuat perubahan itu?
Adakah anda dan keluarga sudah memilih dan mengutamakan produk Muslim dalam pemilihan barang makanan dan keperluan seharian anda?

Sekiranya sudah…alhamdulillah
Sekiranya belum…jom kita mulakan!

Sokong Produk Keluaran Pengusaha Muslim
Sokong Kedai yang diusahakan oleh Pengusaha Muslim

Dapatkan produk halal keluaran pengusaha Muslim di premis kami Az-Zain Wangsa Melawati dan Az-Zain Keramat Wangsa.