40
  • 40

Bihun Sufi

Categories: , Tag:
  • Description
  • Reviews (0)

Product Description

Assalamualaikum..
Apakah bihun pilihan anda sekeluarga?
Bihun adalah salah satu makanan kegemaran orang kita dan sering dijadikan menu untuk minum pagi, minum petang dan sebagainya.
Namun ironinya pengeluar produk bihun itu sendiri dimonopoli oleh orang bukan Muslim.
Jadi terdapatlah lambakan produk bihun di pasaran dengan nama-nama yang sangat KeMelayuan tetapi pada hakikatnya dikeluarkan oleh pengeluar non Muslim.

Dan sesekali kita digemparkan dengan gambar-gambar meloyakan kilang bihun yang beroperasi dengan kotor dan bersebelahan pula dengan ladang-ladang “binatang itu”..Maka pada masa isu tersebut hangat diviralkan, timbullah kemarahan di sana sini.
Namun ia seperti bermusim.Orang kita akan lena semula..alpa semula dan cool semula.

Namun kini pengguna Muslim sudah ada pilihan.
Yang perlu ialah tindakan dan buat perubahan iaitu memilih dan mengutamakan produk buatan pengeluar Muslim.
Produk bihun yang ingin saya ketengahkan hari ini ialah Bihun ‘Sufi’.
Anda boleh mendapatkan bihun Sufi di kedai Az-Zain Wangsa Melawati dan Az-Zain Keramat Wangsa.

Silakan baca fakta tentang bihun sufi berikut:
—————————————————————————
KELEBIHAN BIHUN SUFI :

1)100% HALAL
Buatan Muslim Bumiputera di Malaysia.
Dihasilkan oleh pekerja Muslim.

2)BERKUALITI TINGGI
Mengandungi 80% beras, hanya 20% sagu.
Sagu gred A sahaja digunakan.
Bebas ulat sagu.
Tidak mudah putus walaupun telah dihidang ketika masih panas.
Tahan lama selepas dimasak & tidak mudah basi.

3)MENJIMATKAN MASA
Rendaman air sejuk selama 10-15 minit sahaja sudah cukup untuk menyediakan hidangan bihun yang lebih lembut dan enak.
Tak perlu rendam dalam air panas terlebih dahulu.

—–Jom beralih ke Bihun Sufi—————

Reviews

There are no reviews yet. Add a review