156
  • 156

Kopi Agromas – Habbatussauda

Category: Tag:
  • Description
  • Reviews (0)

Product Description

Assalamualaikum.
Saya percaya sebagai orang Islam kita pasti prihatin tentang kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh zionis kepada saudara seagama kita di Palestin.
Maka antara perkara yang dituntut kepada kita disamping menyumbang kewangan kepada NGO yang menyalurkan bantuan kepada Palestin ialah memboikot juga produk dan premis yang menyalurkan wang hasil perniagaan mereka kepada zionis.
Produk yang bernaung dibawah jenama Nestle adalah antara produk utama yang dituntut kita memboikotnya.
Maka persoalan kita, kalau nak boikot mana produk alternatifnya?
Saya faham benar situasi ini sebab kita dah makan dan dah minum produk di bawah jenama Nestle ni dari satu generasi turun ke satu generasi.Kalau dulu atuk nenek kita minum Milo contohnya, generasi anak cucu kita pun masih minum Milo.Dan kalau kesedaran tu tak ditekankan maka generasi anak cucu kepada anak cucu kita pun masih akan minum Milo.
Itulah hebatnya penangan teknik pemasaran berterusan mereka.Dalam post saya sebelum ini saya berkongsi mengenai minuman coklat “Mosha” yang boleh sangat menggantikan Milo yg menjadi minuman keturunan itu.
Jadi pada hari ini saya nak mengajak peminum tegar nescafee (saya pun bekas peminum tegar nescafee) supaya beralih kepada kopi-kopi lain yang available.
Kita perlu ada kekuatan diri untuk beralih dan niat nak bertukar kerana niat tak sanggup lagi jadi penyumbang kepada keteguhan ekonomi Nestle yang jadi penyumbang kepada zionis.
Saya kongsikan di sini beberapa jenama kopi yang boleh didapati di kedai saya Az-Zain Wangsa Melawati dan Az-Zain Keramat Wangsa (Setiawangsa) yang boleh anda cuba:
1) Kopi Agromas – Habbatussauda
2)Kopi agromas – Premix
3)Kopi agromas -white coffee
4)Kopi agromas – tongkat ali
5) Kopi agromas – Gano
6)Kopi agromas – ginseng
7) Kopi HPA Radix -ada radix biasa dan diet
8) Kopi Arabica Guarana Cappucino
9) Kopi Senyum – ada tamar,stevia,madu
10) Kopi Laras – Moccha Latte
11) Kopi Zuza – kopi kampung
12) Kopi Hiraq – Susu kambing plus cappucino
13) Kopi Mahkota Dewa
14)Kopi barley Munawarrah

Dan kopi-kopi ini selalunya ada nilai tambah seperti habbatussauda,kurma dll..
Jauh lebih bagus dari nescafee tu..

“JOM TUKAR”

Reviews

There are no reviews yet. Add a review