171
  • 171

Mee Sanggul

Categories: , Tag:
  • Description
  • Reviews (0)

Product Description

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokaatuh..
Pagi-pagi hari ni saya masih nak berkongsi tentang bahan makanan untuk menu breakfast..Dan semestinya ia produk Muslim.
Hari ni saya nak memperkenalkan mee kering keluaran bumiputera yang dipanggil “Mee Sanggul”.
Mee kering ni sangat praktikal sebab kita boleh menyimpannya sebagai stok dan boleh digunakan bila-bila masa yang perlu.
Berbeza dengan mee kuning basah yang tidak boleh disimpan terlalu lama kerana akan rosak, mee kering ni sangat membantu kalau kita perlu masak mee goreng secara ad-hoc sekiranya tetamu tiba-tiba datang secara mengejut ke rumah kita..(terutama bulan Syawal ni kan)
Mee kering ni cuma perlu dimasukkan dalam air panas mendidih selama 3 minit, toskan dan kemudian sedia untuk dimasak.Ia boleh digunakan sebagai mee goreng, mee rebus,mee hailam,mee bandung dan apa-apa menu berasaskan mee.Setelah dimasak, rupa dan rasa sama saja dengan mee kuning biasa.Malahan lebih sedap.Sangat praktikal..

Kalau selama ini anda beli mee kering di pasaraya yang bukan produk Muslim, apakata tukar kepada produk ini “Mee Sanggul” keluaran pengusahan Muslim.
Pilihan dah ada kan?

“Mencari yang halal itu fardhu”
JOM TUKAR!!

Reviews

There are no reviews yet. Add a review